Saturday, March 6, 2010

Recipe: Koleh ubi badak

 
 
Bahan-bahan:

1 tongkol (Setengah kilo) ubi badak.
1/2 sudu kecil garam
4 cawan santan
1 cawan gula (kurangkan sukatan sekiranya ingin kurang manis)
Air

Cara Penyediaan:

1. Ubi badak dibuang kulitnya dan dibersihkan.
2. Rebus ubi tersebut bersama air garam di dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
3. Angkat dan tumbuk ubi tersebut.
4. Masakkan santan bersama ubi yang telah dilenyekkan tadi.
5. Selepas lebih kurang setengah jam, masukkan gula.
6. Kacau sehingga kering.
7. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas/loyang.
8. Biarkan sejuk.
9. Hiris dan hidangkan.