Bahan-bahan:
Bahan A:
2 cawan beras
6 cawan air
Bahan B: (ditumbuk)
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu kecil lada putih
sedikit minyak
1/2 ekor ayam dibersihkan dan dipotong kecil
5 cawan air
garam secukup rasa.
(kiub stok ayam boleh juga digunakan)
Bahan D: (untuk air lada)
5 biji cili padi-ditumbuk halus
2 sudu besar cuka
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
airBahan E:
Ikan bilis-dibersihkan dan digoreng garing.
Ayam-dipotong kecil-kecil, diperap dengan garam dan kunyit dan kemudian digoreng.
(Boleh juga menggunakan limpa, daging, ikan parang atau sotong yang dipotong kecil-kecil dan digoreng garing. Juga boleh ditambah dengan udang goreng)
Meehoon digoreng hingga kembang di dalam minyak panas.
Bawang goreng
Kacang tanah digoreng dan dimesin/ditumbuk halus.
Limau nipis dipotong kecil-kecil.
Daun sup dan daun bawang dihiris halus.
Cara penyediaan:
1. Bahan A dimasak.
2. Tumiskan Bahan B. Masukkan Bahan C. Rebus sehingga mendidih dan ayam telah masak.
3. Kacaukan Bahan D. Letakkan ke dalam mangkuk.
4. Sediakan Bahan E.
5. Untuk dihidangkan, letakkan nasi ke dalam mangkuk. Cedukkan sup ke dalam mangkuk tersebut. Taburkan serba sedikit Bahan E ke atasnya dan letakkan sedikit air lada. Hidangkan.
Selamat mencuba!