Monday, March 8, 2010

Panduan mengenai tudung

  
 
  
 
 Panduan memilih tudung: 
1. Pilih fabrik yang sesuai dan selesa. Pilihlah fabrik yang sejuk dan yang boleh masuk aliran udara seperti kain kapas atau kain bawal. Kain jenis ini sesuai untuk dipakai semasa cuaca panas. Ianya juga sesuai dan selesa untuk dipakai dalam jangkamasa yang lama dan untuk pemakaian harian.
2. Untuk menghadiri majlis istimewa, kain shifon, organza atau sutera boleh digunakan untuk nampak lebih menawan. Kain bawal yang bermanik dan bersulam menarik dan eksklusif juga sesuai dipakai.
3. Pilih warna yang sesuai untuk warna kulit muka anda. Sekiranya anda berkulit cerah, apa sahaja warna boleh dipakai. Sekiranya berkulit agak gelap atau sawo matang, pilihlah warna lembut atau pastel dan elakkan memakai tudung berwarna gelap.
4.Elakkan memakai tudung bercorak dengan pakaian yang bercorak. 

Panduan memakai tudung:
1. Elakkan memakai tudung semasa rambut masih basah.
2. Pakai anak tudung supaya rambut tidak terkeluar. Tudung juga tidak mudah terjatuh atau bergerak dan senang untuk dilipat serta dipakai.
3. Pastikan anak tudung tidak kelihatan.
4. Tudung hendaklah dipinkan dengan kemas.
5. Gunakan kerongsang yang sesuai, pin yang tajam dan kekuncinya yang tidak mudah tercabut.

Panduan penjagaan tudung:
1. Jangan mencuci tudung dengan meggunakan mesin basuh. Sebaliknya, cucilah dengan tangan (sekiranya boleh dicuci). Tudung sutera atau tudung yang tidak boleh dibasuh, hendaklah di`dry clean'.
2. Untuk cucian tangan, rendamkan tudung sekejap ke dalam air bahan pencuci yang lembut. Cuci dan bilas dengan bersih. 
3. Jangan rendamkan tudung bersama pakaian lain.
4. Jangan jemur tudung di bawah cahaya matahari yang terik.
5. Untuk menggosok tudung, suhu sterika hendaklah mengikut jenis kain. Jangan terlalu panas.
6. Untuk menggosok tudung bermanik atau bersulam, lapikkan sehelai kain di atasnya atau digosok dari bahagian dalam.
7. Gunakan keronsang atau pin yang tajam supaya benang kain tudung tidak tertarik dan merosakkan tudung.