Saturday, March 6, 2010

Recipe: Mempelam jeruk.

 
Bahan-bahan:

20 biji mempelam muda. 
2 sudu besar garam halus.
1 sudu kecil kapur.
1kg gula.
Air.

Cara Penyediaan:

1. Mempelam muda dibersihkan dan dipotong lima. (Jangan dibuang kulitnya).
2. Rendamkan dengan air garam (lebih kurang 3 cawan air) selama semalaman.
3. Selepas semalaman, basuhkan mempelam tersebut. 
4. Rendam sekejap mempelam tadi ke dalam air kapur (lebih kurang 3 cawan air).
5. Bilaskan mempelam tersebut dengan bersih.
6. Masakkan air gula di dalam periuk sehingga gula cair dan air gula menggelegak dan pekat. 
7. Tutupkan api dan sejukkan air gula tersebut.
8. Bila telah betul-betul sejuk, masukkan air gula ke dalam balang.
9. Masukkan mempelam yang telah dibersihkan tadi.
10. Tutupkan balang dengan kemas supaya mempelam jeruk tersebut tahan lama.
Selamat mencuba!