Showing posts with label Doa: Others. Show all posts
Showing posts with label Doa: Others. Show all posts

Saturday, December 13, 2014

Doa Kejayaan

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik Ya Salam Ya Muhaimin
Ampunilah dosa kami
Panjangkanlah umur kami
Kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan
Tunjukilah kami jalan yang benar dan diredhai
Perluaskanlah rezeki kami
Kurniakanlah kejayaan kepada kami
Berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat
Dan masukkanlah kami ke dalam SyurgaMu
Aamiin Ya Robbal `Alamiin

Doa Penawar

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengan berkat berselawat ke atas baginda, akan menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.

Monday, July 1, 2013

Prescription for soul


Rx
Al Baqarah 67; 126; 127; 128; 201; 250; 285 ; 286
Al A'raaf 23; 47; 126; 149; 151; 155; 156
Al Ahqaaf 15
Al-Ankabuut 30
Al Falaq 1-5
Al Furqaan 65; 74
Al Hasyr 10
Al Israa' 24; 80
Al Kahfi 10
Al Maaidah 114
Al Mukmin 9; 27
Al Mukminuun 26@39; 29; 94; 97-98; 109; 118
Al Mumtahanah 5
Al Qashash 16; 21; 22
Al Imran 8-9; 16; 36; 38; 53; 147; 191; 193-194
An Naas 1-6
An Naml 19
Asy-Shaaffaat 100
Asy-Syu'araa 83-85; 87; 118; 169
At Tahriim 8; 11
Ibrahim 35; 40; 41
Nuh 28
Thaaha 25-28; 114
Yunus 85-86
Yusuf 101

Read at least od X for the rest of your life..
(Read at least once daily for the rest of your life)

Prescription for body and soul

Untuk muslim dan muslimah, 

Sebelum menggunakan ubat atau memulakan sebarang rawatan:

Lebih afdal baca bismillahirrahmanirrahim. 
Selepas itu baca Surah Al Fatihah sebanyak 7 kali, 
diikuti selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 11 kali. 
Selepas itu niatkan hajat diiringi dengan bacaan doa. 

Mulakan rawatan atau gunakan ubat sambil membaca 
Bismillahir Rahmanir Rahiim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang), Bismillahish Shaafii (Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan), 
Bismillahil Kaafi (Dengan nama Allah Yang Mencukupkan), 
Bismillahil Mu'aafii (Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik), 
Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis sama'i wa huwas samii'un `alim (Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudharatan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui). 

Bacakan seberapa banyak yang boleh. InsyaAllah. Amin.. 

Sunday, November 18, 2012

Doa memohon rahmat, kejayaan dan keselamatan

Ya Allah Yang Maha Pemurah, 
Kami memohon kepadaMu segala sesuatu yang boleh mendapatkan rahmatMu dan segala keazaman untuk mencapai keampunanMu. 
Wahai Tuhan kami, kami memohon keselamatan dari segala dosa, dan kejayaan mendapat segala kebajikan, 
dan kejayaan mendapat syurga, dan keselamatan dari azab api neraka. Amin..

Doa untuk mendapat anak yang baik

Ya Allah Yang Maha Mewarisi, ilhamkanlah kami supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepada kami dan kepada ibu bapa kami, dan supaya kami tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunan kami. Ya Allah Yang Maha Pengampun, sesungguhnya kami bertaubat kepadaMu..Amin..

Doa untuk kebaikan

Ya Allah Yang Maha Pemurah,
perbaikkanlah keagamaan (ie ketaatan) kami yang menjadi benteng urusan hidup kami,
perbaikkanlah urusan keduniaan kami yang menjadi punca penghidupan kami,
perbaikanlah urusan akhirat kami yang menjadi bekal kembali kami,
jadikanlah hidup ini menambahkan setiap kebajikan kepada kami,
dan jadikanlah kematian itu suatu kerehatan untuk kami dari segala kejahatan.
Amin..

Thursday, November 15, 2012

New Year Doa (Doa awal tahun)

Bismillahi rahmanirrahim..
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala kepujian bagi Allah Pentadbir sekalian alam serta selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ke atas keluarganya dan sahabatnya.

Ya Allah Engkaulah yang kekal dan Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Pelindung. Pada tahun baru ini, kami memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon perlindungan dari nafsu yang mendorong kepada kejahatan. Ya Allah, Tuhan yang mentadbir tujuh petala langit dan segala apa yang dibawah naungannya dan Tuhan yang mentadbir tujuh petala bumi dan segala kandungannya, jadikanlah bagi kami sebagai pelindung daripada kejahatan makhlukMu sekalian dan selamatkanlah kami dari segala penganiayaan dan kezaliman. Ya Allah yang Maha Gagah dan Maha Besar, lindungilah kami dari segala bencana, bala, mala petaka dan penyakit. Panjangkanlah umur kami dan berikanlah kesihatan kepada kami. Maha suci Allah yang melepaskan segala kesedihan, penderitaan dan kezaliman.

Ya Allah, kami memohon kepada Engkau supaya kami dapat melakukan pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah, Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau. Lepaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Permudahkanlah segala urusan kami dan mudahkanlah bagi kami setiap urusan yang sukar. Kurniakanlah kejayaan kepada kami. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Peyayang, murahkanlah rezeki kami dan berkatilah hidup kami.

Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pegasih, ampunilah kami dan kasihanilah kami, ibu bapa kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, sahabat kami, orang yang kami sayang, orang yang berbuat baik kepada kami, kaum muslimin dan muslimat sekalian.

Ya Allah yang Maha Penyayang, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat serta peliharalah kami dari azab api neraka.

Amin...

Saturday, October 20, 2012

Doa memohon keampunan di atas kesalahan yang telah dilakukan

Ya Allah..Ya Maha Pengampun dan Yang Maha Pemaaf,
Ampunkan dosa-dosa yang telah kami lakukan di masa lampau dan di masa kemudian,
juga dosa-dosa yang kami lakukan secara sembunyi dan secara terang-terangan 
dan segala dosa kami yang Engkau lebih tahu daripada kami.
Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa mendahului sesuatu dan 
Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengkemudiankan sesuatu.
Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Amin..

Doa meminta bantuan Allah

Ya Allah..
Kurniakan pertolongan kepada kami dan janganlah Engkau memberi pertolongan kepada orang lain untuk membinasakan kami.
Ya Allah..
kurniakanlah kemenangan kepada kami dan janganlah Engkau memberi kemenangan kepada orang lain untuk membinasakan kami.
Ya Allah..
kurniakanlah daya ikhtiar untuk menyelamatkan kami dan janganlah engkau kurniakan daya ikhtiar kepada orang lain untuk membinasakan kami.
Ya Allah..
kurniakanlah hidayah kepada kami dan kurniakanlah kemudahan hidayah kepada kami.
Ya Allah..
kurniakanlah pertolongan kepada kami untuk menentang mereka yang menzalimi kami dan menganiaya kami..
Amin..

Doa supaya diperluaskan rezeki

Ya Allah, Ya Maha Pemberi rezeki, 
kurniakanlah seluas-luas rezekiMu kepada kami.
Amin..

Doa supaya diterima permintaan

Ya Allah, ya Tuhan kami,
Kami berlindung kepadaMu
dari mencari ilmu yang tidak berguna,
daripada hati yang tidak khusyu',
daripada nafsu yang tidak puas,
dan daripada doa yang tidak dikabulkan.
Amin..

Doa memohon kebaikan

Ya Allah, ya Tuhan kami,
Kami memohon daripadaMu kesihatan yang disertai iman;
dan keimanan yang disertai akhlak yang baik;
dan kejayaan yang diiringi keuntungan;
dan kami memohon dariMu rahmat, `afiat, keampunan dan keredhaan.
Amin..

Doa memasuki rumah

Ya Allah, ya Tuhan kami..
Kami memohon kepadaMu sebaik-baik tempat masuk dansebaik-baik tempat keluar. 
Dengan nama Allah kami masuk,
dan dengan nama Allah kami keluar,
dan kepada Allah kami berserah.
Amin..

Wednesday, September 5, 2012

Doa for happiness

"O Allah I am your slave and the son (or daughter) of Your male slave and the son (or daughter) of Your female slave. 
My forehead is in Your hand.
Your judgement upon me is assured and 
Your decree concerning me is just.
I ask You by every name that You have named Yourself with,
revealed in Your book,
taught any one of Your creation, 
or kept unto Yourself in the knowledge of the unseen that is with You,
to make the Quran the spring of my heart,
and the light of my chest,
and the banisher of my sadness,
and the reliever of my distress.
Amin"


Doa for protection

"We seek refuge in The Perfect Words of Allah 
from His anger and His punishment,
from the evil of His slaves,
and from the taunts of devils and from their presence,
Amin.."

Zikir when in trouble

Allah is sufficient for us,
and He is the best Disposer of affairs.

Zikir when in distress

Allah..Allah is my Lord,
I do not associate anything with him.

Doa when in distress

"O Allah I hope for your Mercy,
Do not put me in my own charge for even the blinking of an eye,
And make all of my affairs better and good,
There is none worthy of worship except You.
Amin"

Doa to seek relief when a matter is bothering us

O Allah, the Living One, the Sustainer, in your Mercy do we seek relief.