Thursday, July 26, 2012

Doa Istikharah

Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan 
aku memohon kekuatan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan 
aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. 
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan 
Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan 
Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (.......) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, 
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatkanlah bagiku padanya dan 
seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (........) mendatangkan keburukan  bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku cepat atau lambat, maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian
redhailah Aku dengannya. 
Amin..