Wednesday, April 28, 2010

Petua: sayur dan buah-buahan.

Petua agar sayur-sayuran tahan lebih lama.
1. Balut sayur-sayuran segar di dalam kuantiti yang kecil dengan kertas.
2. Kemudian, simpan di bahagian sayur-sayuran di dalam peti sejuk.

Boleh juga menggunakan plastik yang dikhaskan untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk.
Petua menghilangkan rasa pahit peria.
1. Potong peria dan rendam di dalam air garam halus.
2. Rendamkan selama lebih kurang 30 minit, sejatkan dan masak.
3. Oleh kerana peria telah direndam dengan air garam, masakan peria hendaklah dirasa terlebih dahulu sebelum menambahkan garam supaya masakan tidak terlalu masin.

Petua memotong buah-buahan untuk mengelakkan potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.
Sapukan pisau dengan limau nipis atau lemon sebelum memotong buah-buahan.
Cara lain ialah dengan merendamkan buah-buahan ke dalam air berisi ais selepas dipotong.

Petua supaya bawang goreng tahan lebih lama.
1. Rendamkan bawang yang telah dimayang di dalam air garam selama lebih kurang 10 minit.
2. Bilas dan goreng di atas api sederhana sehingga garing.
3. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Petua untuk mengelakkan mata berair kerana mengupas bawang.
Rendam bawang di dalam air dan kupas di dalam air.
Cara lain ialah menyimpan bawang di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokan harinya bawang bolehlah dikupas dan dipotong.