Showing posts with label Recipes: Deserts. Show all posts
Showing posts with label Recipes: Deserts. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

My dad's tapioca desert.

 
Bahan-bahan:
Bahan A:
Ubi kayu.

Bahan B:
2 cawan santan.
3 biji telur.
1/2 keping manisan kelapa yang besar.
1 sudu gula.
2 helai daun pandan.
3 ulas bawang merah -dimayang.
1/2 inci halia -dimayang.
2 batang serai -dititik.
Garam secukup rasa.
 
Cara penyediaan:
1. Ubi kayu disagat (memanjang) dan dibentuk bulat-bulat. 
2. Alaskan alat pengukus dengan daun pisang.
3. Letakkan ubi yang telah disagat dan dibentuk bulat tadi di atasnya.
4. Kukus sehingga masak.Angkat dan ketepikan.
5. Santan dan telur dikacau dan dimasak di dalam periuk.
6. Masukkan manisan kelapa dan gula. Kacau sehingga hancur.
7. Masukkan bawang merah, halia, serai dan daun pandan.
8. Masukkan garam secukup rasa.
9. Kacau dan angkat. 
10. Hidangkan bersama dengan ubi yang telah direbus tadi.

Friday, March 19, 2010

Cream Caramel with laici (Krim karamel berlaici)

Bahan-bahan:
Bahan A:
1/2 cawan gula

Bahan B:
4 sudu margerin
5 sudu gandum
3 sudu susu pekat

Bahan C:
8 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan air
sedikit esen vanila
 
Cara penyediaan:
1. Bahan A dibakar di atas dapur sehingga cair menjadi karamel. Angkat dan tuangkan di dalam bekas.
2. Pukul Bahan B.
3. Pukul Bahan C sehingga kembang.
4. Masukkan adunan B yang telah dipukul tadi ke dalam adunan Bahan C.
5. Kacau sehingga sebati.
6. Curahkan adunan ini ke atas karamel di dalam bekas tadi.
7. Kukus sehingga masak.
8. Angkat dan sejukkan.
9. Hiaskan di atas puding tadi dengan buah laici (Boleh juga digantikan dengan buah lain seperti pic).
10. Sejukkan di dalam peti sejuk. 
11. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!

Thursday, March 11, 2010

Recipe: Bingka Ubi Kayu.

Bahan-bahan:
1 pinggan ubi kayu yang diparut.
1 biji telur.
1/2 cawan gula.
4 sudu besar mentega.
6 helai daun pandan-dimesin
Air.
Sedikit pewarna hijau.
Daun pisang.

Cara penyedian:
1. Kacaukan telur dengan mentega.
2. Masukkan gula.
3. Masukkan air pandan dan sedikit pewarna hijau.
4. Masukkan ubi yang telah diparut. Kacau sehingga sebati.
5. Panaskan oven. Buka api di bahagian atas dan bawah.
6. Alaskan loyang dengan daun pisang.
7. Masukkan adunan ubi kayu tadi di atasnya. 
8. Bakar adunan di dalam oven sehingga masak.
9. Setelah masak, sejukkan. 
10. Potong dan hidangkan.

Recipe: Tempeyek

Bahan-bahan:
Bahan A:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
1 cawan santan
1 biji telur ayam
1 sudu kecil air kapur
1 sudu kecil garam

Bahan B:
1/2 sudu kecil jintan manis
1 mangkuk kecil ikan bilis
Sedikit kacang tanah yang telah digoreng.

Cara Penyediaan:
1. Kacaukan semua Bahan A.
2. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
3. Celupkan acuan rempeyek ke dalam minyak panas.
4. Cedukkan sedikit Bahan A ke dalam acuan tersebut.
5. Letakkan sedikit Bahan B ke atasnya.
6. Masukkan acuan berisi tepung ke dalam kuali. 
7. Goreng sehingga garing.
8. Angkat dan hidangkan.

Saturday, March 6, 2010

Recipe: Koleh ubi badak

 
 
Bahan-bahan:

1 tongkol (Setengah kilo) ubi badak.
1/2 sudu kecil garam
4 cawan santan
1 cawan gula (kurangkan sukatan sekiranya ingin kurang manis)
Air

Cara Penyediaan:

1. Ubi badak dibuang kulitnya dan dibersihkan.
2. Rebus ubi tersebut bersama air garam di dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
3. Angkat dan tumbuk ubi tersebut.
4. Masakkan santan bersama ubi yang telah dilenyekkan tadi.
5. Selepas lebih kurang setengah jam, masukkan gula.
6. Kacau sehingga kering.
7. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas/loyang.
8. Biarkan sejuk.
9. Hiris dan hidangkan.

Recipe: Mempelam jeruk.

 
Bahan-bahan:

20 biji mempelam muda. 
2 sudu besar garam halus.
1 sudu kecil kapur.
1kg gula.
Air.

Cara Penyediaan:

1. Mempelam muda dibersihkan dan dipotong lima. (Jangan dibuang kulitnya).
2. Rendamkan dengan air garam (lebih kurang 3 cawan air) selama semalaman.
3. Selepas semalaman, basuhkan mempelam tersebut. 
4. Rendam sekejap mempelam tadi ke dalam air kapur (lebih kurang 3 cawan air).
5. Bilaskan mempelam tersebut dengan bersih.
6. Masakkan air gula di dalam periuk sehingga gula cair dan air gula menggelegak dan pekat. 
7. Tutupkan api dan sejukkan air gula tersebut.
8. Bila telah betul-betul sejuk, masukkan air gula ke dalam balang.
9. Masukkan mempelam yang telah dibersihkan tadi.
10. Tutupkan balang dengan kemas supaya mempelam jeruk tersebut tahan lama.
Selamat mencuba!